18 April 2011

Banglow Kayangan to Balai Polis Lama Gombak

Bismillah,
 Bila diteliti satu-satu gambar masa xpdc ke Banglow Kayangan lagi banyak yang tak puas hati. Banyak orbs yang kelihatan. Tidak kurang juga kelibat makhluk tersebut. Ada yang kelihatan tangan besar memegang tingkap dibelakang kami. Pocong didinding. Macam-macam lagi. Cuma kesahihannya saja yang belum dapat kami pastikan. Mungkin ya mungkin juga tidak. Biarkan pengalaman di Banglow Kayangan jadi tanda tanya.
Ini kerana minggu ini kami akan meneruskan xpdc kami ke tempat kedua iaitu Balai Pois Lama. Setelah Saufi Seth dan Ikhwan Arshad mengenalpasti tempat terletaknya Balai Polis tersebut. Menurut pengalaman mereka, sebelum menjumpai balai tersebut, mereka telah memasuki satu lorong yang salah. Ketika memasuki lorong tersebut, mereka mula tidak sedap hati dan dikejutkan dengan sebuah van usang (maybe van terbakar). Scary kan?
Biar kami tentukan adakah Balai Polis Lama yang telah menjadi pilihan The Seekers itu seram atau sebaliknya. Doakan kami agar pergi dan pulang dengan selamat. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment