26 April 2011

Kesimpulan : Banglow Kayangan

Selepas xpdc ke Banglow Kayangan (Part ll), kami sekumpulan duduk berbincang dan menceritakan pengalaman masing-masing ketika berada disana.

Pengalaman pertama:
Sebelum memasuki kawasan banglow tersebut kami terpaksa memanjat pagar utama Banglow tersebut ini kerana pagar telah dikunci. Tidak dapat dipastikan siapa yang mengunci pagar tersebut. ketika memanjat pagar tersebut, salah seorang diantara kami agak terperanjat apabila beliau tersuluh satu lembaga besar dan berbadan hitam. Akibat terperanjat beliau tergamam/terpaku sekita diatas pagar hinggalah salah seorang dari kami menegur beliau.

Pengalaman kedua:
Ketika kesemua telah masuk ke pekarangan banglow tersebut (dihadapan banglow), diantara kami digigit oleh semut. Ya semut, memang nammpak biasa, tetapi bila diamati betul-betul semut itu bukan semut api tetapi semut mayat (semut mayat berwarna hitam kecil dan apabila dipicit berbau busuk). Setelah membuang semut dari kaki masing-masing masih terasa seolah-olah semut itu masih berada dikaki. Mungkin itu adalah satu tanda amaran dari penghuni banglow tersebut.

Pengalaman ketiga:
Dipintu masuk hadapan (hall) kebanyakkan kami merasa sesuatu. Bulu roma naik. Rasa ini adalah kali kedua kami rasai selepas kali pertama kami ke banglow ini.


Pengalaman keempat:
Berlaku sedikit kekeliruan apabila salah seorang dari kami yang masuk ke hall rumah tersebut berseorangan. Tetapi beliau mengatakan beliau masuk bersama salah seorang dari ahli xpdc. Sehingga sekarang masih tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Pengalaman kelima:
Wan (ahli xpdc) terhidu bau wangi ketika memasuki salah satu bilik di bahagian atas banglow tersebut. Tapi tidak tahu dari mana datangnya bau tersebut.

Pengalaman keenam:
Nizam (ahli xpdc) ternampak sesuatu sedang memerhatikan kami dari arah garaj. Amran (ahli xpdc) juga perasan apa yang dilihat oleh Nizam. Mereka cuba memastikan kelibat itu tapi tetiba hilang.

Kesimpulannya:
Kami mungkin akan melakukan kunjungan ketiga ke Banglow Kayangan untuk dapatkan lebih kepastian.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment