25 April 2011

Kunjungan Kedua Banglow Kayangan

Oleh kerana ramai yang tidak berpuas hati bila melihat gambar kunjungan ke Banglow Kayangan tempoh hari, kami sebulat suara berpakat untuk melihat sendiri atau mengesahkan betul atau utidak apa yang kami jumpa didalam gambar sebelum sebelum ini.

Perjalanan agak jauh dari Balai Polis Lama ke Banglow Kayangan tidak sama sekali mematahkan semangat kami. Kunjungan kami ke banglow bagai mendapat hasil apabila salah seorang dari kami merasakan ada sesuatu yang memerhatikan kami. Engat lagi pada gambar susuk seseorang dihadapan garaj? Ya, kawan kami merasa ada sesuatu yang melihat kami di sebalik pokok dihadapan garaj tersebut.

Bukan itu saja, bila memasuki satu persatu biik yang terdapat dibanglow tersebut, salah seorang dari kami ternampak kelibat yang bertenggek di atas sebuah singki di bilik teratas.Mungkin mainan perasan kerana masa itu kami berjalan tanpa menggunakan torch light.

Ramai dari ahli kami meremang bulu roma. Masih tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak apa yang kami rasai. Biar pengalaman yang menentukan.
Antara gambar yang sempat kami snap:



Dibilik atas sebelah kanan inilah salah seorang dari kami ternampak kelibat  model itu bertenggek

Ada beberapa video yang kami rakam. Video salah seorang pengujung disini yang pernah terlihat lembaga berambut panjang. Akan kami upload untuk ditonton bersama. Nantikan post yang akan datang :)

No comments:

Post a Comment